Sunday, May 3, 2009

Kokurikulum: Pelajar berfikiran kritis

BEHRANG 28 April - Masyarakat perlu membuang tanggapan bahawa penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kokurikulum tidak mendatangkan banyak manfaat dan boleh menjejaskan prestasi akademik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebaliknya penglibatan kegiatan kokurikulum membantu pelajar untuk berfikir secara kritis serta yakin dengan setiap keputusan yang dibuat.

''Lazimnya pelajar yang cergas dan aktif akan memperoleh keputusan akademik yang baik, jika tidak berjaya dengan cemerlang sekalipun.

''Sebab itu, jangan sesekali menyalahkan kegiatan luar bilik kuliah sebagai penyebab jika seseorang pelajar gagal dalam pelajaran," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan diploma dan sijil kepada 844 graduan pada majlis Konvokesyen Ke-4 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini hari ini.

Saifuddin menjelaskan, kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau gagal mendapat keputusan baik berpunca daripada sikap individu itu sendiri.

''Mereka gagal kerana berhadapan masalah psikologi, tidak mampu memberi tumpuan di bilik kuliah selain masalah keluarga,'' katanya.


-Utusan-

One Responses to "Kokurikulum: Pelajar berfikiran kritis"